SILAT BATIN BAGI MENENTANG MENENTANG MAKHLUS HALUS, JIN DAN SYAITAN...
1) Ikhlas Dalam Beragama.
2) Takut Kepada Allah.
3) Tawakal & Jangan Ikut syaitan.
4) Sentiasa Berjamaah.
5) Zikir dan Doa. .
Syarat pertama;
Syaitan telah membongkarkan rahsianya yang amat penting. Dalam melaksanakan perjanjian dan permusuhannya kepada umat Islam sehingga Hari Kiamat, syaitan hanya tertahan kepada satu golongan orang.
Mereka itu ialah orang-orang yang ikhlas dalam beragama.
Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
(maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba-Mu di antara mereka yang ikhlas.” [al-Hijr 15:36-40]
Iblis mengulangi pengecualian ini dalam ketika yang lain:
“Kecuali hamba-hamba-Mu di antara mereka yang ikhlas.”
Syarat Kedua;
Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
(maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba-Mu di antara mereka yang ikhlas.” [al-Hijr 15:36-40]
Iblis mengulangi pengecualian ini dalam ketika yang lain:
“Kecuali hamba-hamba-Mu di antara mereka yang ikhlas.”
Syarat Kedua;
Janganlah kita takut kepada syaitan tetapi takutlah kepada Allah:
Sesungguhnya yang demikian itu ialah syaitan yang menakut-nakutkan (kamu terhadap) penolong-penolongnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika betul kamu orang-orang yang beriman.
[‘Ali Imran 3:175]
Syarat Ketiga;
Hendaklah menahan diri dari mengikuti syaitan. firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang kekuasaan terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka. Sesungguhnya kekuasaan syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan ia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.
[al-Nahl 16:99-100]
Syarat Keempat;
Hendaklah kita semua bersatu sebagai umat Islam. Tidak ada yang difikirkan, tidak ada yang diusahakan, tidak ada yang ditujukan kesetiaan, tidak ada yang diberikan pembelaan, tidak ada yang ditumpahkan perasaan cinta dan akrab melainkan sesama umat Islam seluruhnya.
Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.
[‘Ali Imran 3:103]
Syarat Kelima;
zikir, iaitu mengingati Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan cara yang disyari‘atkannya.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar,lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).
[al-A’raaf 7:200-201][19]
JURUS SILAT BATIN UNTUK MENENTANG MAKHLUK HALUS, JIN DAN SYAITAN….
Jurus Pertama;
BISMILLAH
Imam At-Tirmizi meriwayatkan hadis yang bersumberkan Malik bin Hamzah bin Abi Usaid, katanya:
" Pada suatu hari Abi Usaid memungut hasil kebunya dan disimpannya di suatu tempat.Tiba-tiba ada jin yang berbuat jahat dan mencurinya, lalu Abu Usaid melaporkan kejadian itu kepada Rasulullah SAW. Jawab Nabi SAW, " Itu adalah jin jahat yang selalu keluar malam untuk mengganggu manusia.
Oleh itu dengarkanlah gerakan jin itu, kemudian bila engkau telah mengetahui akan kedatangannya, maka bacalah:
' BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIM '
Ternyata apa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Abi Usaid adalah berkesan sehingga jin itu lari lintang-pukang.
Jurus Ke Dua;
' BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIM '
Ternyata apa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Abi Usaid adalah berkesan sehingga jin itu lari lintang-pukang.
Jurus Ke Dua;
TA'AWUZ
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
" Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."[Al-A'raf: 200]
Dalam hadis-hadis disebutkan, memohon perlindungan Allah SWT dari pengaruh dan godaan jin atau syaitan adalah dengan cara membaca
'' A'UZU BILLAHI MINAS SYAITHAANIR RAJIM "
Jurus Ke Tiga;
Imam At-Tirmizi meriwayatkan hadis dari Al-Jarir dari Abu Nadharah yang diterimanya dari Abu Said Al-Khudri, katanya:
" Rasulullah selalu memohon perlindungan kepada Allah dari godaan dan pengaruh jin dengan membaca Surah Al-Falaq dan An-Nas."
Jurus Ke Empat;
AYAT KURSI
Abul Qasim meriwayatkan yang bersumberkan Ubai bin Ka'ab bahawa ayahnya ada bercerita mengenai setor tempat menyimpan buah-buah yang terletak tidak jau dari rumahnya. Setiap hari setor itu dijaga namun setiap hari pula ada saja barang-barang yang hilang. Pada suatu malam ia mengelilingi setor itu dan menjumpai seekor haiwan yang kecil dan aneh bentuknya. Ia bertanya kepada haiwan itu, " Apakah engkau manusia atau jin?" Haiwan itu mengakui bahawa dirinya adalah jin. Ditanya lagi, " Mengapa engkau mencuri harta milikku?" Jawabnya, " Telah sampai berita kepadaku bahawa engkau adalah orang yang suka bersedekah. Aku ingin sekali mendapat bahagian dari sedekahmu itu." Maka ditanyanya lagi, " Apakah yang dapat menyelamat kan kami dari gangguanmu?" Jawab jin itu " AYAT KURSI yang terdapat di dalam Surah al-Baqarah ayat 255” Pada pagi harinya Ka'ab datang ke rumah Nabi SAW dan menceritakan kejadian tersebut. Rasulullah SAW membenarkan ucapan jin itu.Hadis ini juga diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam kitabnya ' Al-Mustadrak'.
Jurus Ke Lima;
SURAH AL-BAQARAH
Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Suhail dari ayahnya dari Abu Hurairah r.a.bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Jangan kamu jadikan rumahmu seperti kuburan, dan sesungguhnya rumah yang didalamnya dibacakan Surah Al-Baqarah, maka syaitan pasti tidak berani mendekat."
Jurus Ke Enam;
AKHIR SURAH AL-BAQARAH
Membaca akhir Surah Al-baqarah adalah meringankan kaum Muslimin yang tidak mampu membaca Surah Al-Baqarah secara keseluruhan. Maka baginya cukup dengan membaca sebahagian dari Surah tersebut, iaitu dua ayat yang paling akhir sesuai dengan hadis berikut:
Daripada Ibnu Mas'ud Al-Ansari yang diriwayatkan oleh Abu Dawud bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
" Barangsiapa membaca dua ayat dari akhir SURAH Al-BAQARAH pada suatu malam, maka dua ayat itu sudah mencukupi."
Dalam hadis lain yang diriwayatkan Al-Hakam dari Abu Zar bahawasanya Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
" Sesunguhnya Allah telah menutup Surah Al-Baqarah dengan dua ayatyang diberikan kepadaku dari gedung rahmat-Nya yang berada di bawah 'Arasy, maka pelajarilah dua ayat itu dan ajarkanlah kepada isteri dan anak-anakmu, kerana dua ayat itu merupakan rahmat."
Jurus Ke Tujuh;
AYAT ' HAMIM ' AL-MUKMIN
At-Tirmizi meriwayatkan baripada Abdurrahman bin Abi Bakar yang diterimanya daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa membaca SURAH - HAMIM AL-MUKMIN sehingga kalimat ' ILAIHI MASHIR' dan AYAT KURSI pada waktu pagi maka akan selamat hingga ke petang. Dan barangsiapa membaca keduanya pada waktu petang, maka akan selamat hingga pagi."
Jurus Ke Lapan;
ZIKIR
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
" Barangsiapa membaca '' LAA ILAAHA ILLALLAAHU WAHDAHU LAA SYARIKALAH LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WA HUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIR ''
sebanyak SERATUS KALI, maka orang itu setaraf dengan orang yang membebaskan SEPULUH HAMBA dan ditulis baginya SERATUS KEBAJIKAN dan dihapuskan baginya SERATUS KEBURUKAN serta bacaan itu sebagai perisai bagi syaitan pada hari itu hingga ke petang."
Jurus Ke Sembilan;
MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG DAN SOLAT
Air sembahyang dan solat adalah dua senjata yang sanggup menghalangi pengaruh dan gangguan jin. Orang yang sentiasa tidak pernah tinggal air sembahyangnya maka orang tersebut akan terhindar dari sebarang perbuatan buruk sama ada yang berasal daripada jin mahupun manusia. Kekuatan air sembahyang juga mampu meredakan kemarahan sebagaimana hadis Nabi SAW"
'' Jika kamu sedang marah, pergilah ambil air sembahyang. ''
Sebab marah itu adalah sifat syaitan. Syaitan diciptakan daripada api, sedang api bila disiram air akan mati, terutama air sembahyang...
IJAZAH SECARA BATIN;
Dengan Kalimah ' BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIM ' Saya Ijazahkan ILMU SILAT BATIN ini kepada sesiapa Muslimin dan Muslimat yang ingin mengamalkannya bagi menentang makhluk halus, Jin dan Syaitan kerana Allah Taala... beserta dengan Syarat-syaratnya sekali.
Mahaguru Samson
saya terima ijazah silat baTin ini dengan kalimah lailahaillaallah muhamadarasul allah
BalasPadamsaya terima ijazah silat baTin ini dengan kalimah lailahaillaallah muhamadarasul allah
BalasPadamSaya terima ijazah silat batin ini dengan kalimah lailahaillaallah muhamadarasulullah
BalasPadamSaya terima ijazah silat batin ini dengan kalimah lailahaillaallah muhamadarasulullah
BalasPadam