Jumaat, 8 Mac 2013

RAHSIA BERDOA

BERDOA KEPADA ALLAH



RAHSIA 1
ALLAH SWT MENGABULKAN DOA SETIAP HAMBA-NYA

Sesungguhnya Allah swt itu dekat kepada setiap orang. Dia Maha Mengetahui keinginan, perasaan, pikiran, kata-kata yang diucapkan, bisikan, bahkan apa saja yang tersembunyi dalam hati setiap orang….
Firman Allah swt;
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenar¬¬an.” (Q.s. al-Baqarah: 186).

RAHSIA 2
AMALAN SESEORANG BERGANTUNG KEPADA NIATNYA

 Oleh sebab itu, niat akan mendapat pahala tanpa amal, sedangkan amal tanpa niat tidak ada pahalanya.
Nabi s.a.w bersabda:
“Niat sesaorang mukmin lebih baik dari amal perbuatannya”
Abu Hurairah r.a. berkata; Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa mu, dan tidak melihat harta mu, dan tidak melihat keadaan mu, tetapi melihat amal dan hati mu.

RAHSIA 3
Fitrah diri setiap insan adalah positif dan sangat mulia yang dipenuhi dengan sifat-sifat terpuji…

 ‘Asmaul Husna’ yang menjadi intipati roh yang ditiupkan ke dalam diri semenjak ia diciptakan. Kita boleh mendapatkan energi positif yang sangat besar dengan Nama-nama Allah yang Sangat Agung ini bagi mengembangkan sifat-sifat positif dalam diri, disamping membuang sifat-sifat negetif dan keji dalam diri kita.
Allah berfirman; "Aku perkuat manusia dengan RUH AL QUDSI." (Surah Al Baqarah Ayat 87)

RAHSIA 4
Kenapa Tenaga Dalam?

"Sesungguhnya Aku ciptakan manusia itu dalam bentuk sebaik-baiknya / paling sempurna." (Surah At Tin Ayat 4)

"Dan apakah mereka tidak memikirkan apa yang ada di dalam DIRI mereka ?" (Surah Ar Rum Ayat 8)

"Dan di dalam diri kamu dan kamu tidak melihat" (-Surah Az Zuriat Ayat 21)

"Aku perkuat manusia dengan RUH AL QUDSI." (Surah Al Baqarah Ayat 87)

"Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada." (Surah Al Hadid Ayat 4)

"Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." (-Surah AlKahfi Ayat 16)

"Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu tetapi kamu tidak melihat." (-Surah Al Waqiah Ayat 85)

"Janganlah kamu takut, Aku besertamu. Aku mendengar dan Melihat." (-Surah Thaha Ayat 46)

RAHSIA 5
Kaitan Nafas dengan Tenaga Dalam?

"Aku hembuskan pada Adam daripada RohKu" (Surah As Shad Ayat 72)
"Aku hembuskan kepadanya daripada Ruhku" (-Surah Al Hijr Ayat 29)

RAHSIA 6
Kaitan Saranan/Hajat/Niat dengan Tenaga Dalam?


"Jika hambaKu bertanya kepadamu tentang Diriku, bahawa sesungguhnya Aku dekat dan mengabulkan seruan mereka jika Aku dipanggil." (-Surah Al Baqarah Ayat 186)
Akhirnya……
 "Kepada Allahlah kembali semua persoalan." (Surah As Syura Ayat 53 )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan