Jampi merupakan bacaan khusus untuk memberikan kuasa sakti yang mujarab kepada ubat. Sementara mantera pula adalah bacaan khusus yang diyakini mempunyai kuasa ghaib untuk menyembuhkan penyakit. Jampi dan mantera adalah warisan kepercayaan zaman 'animisme' iaitu golongan manusia,yang hidup dengan dilingkari kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib daripada makhluk-makhluk ghaib.
Sebenarnya jampi, mantera atau serapah itu merupakan suatu sihir kata yang bererti setiap kata-kata yang diucapkan oleh bomoh, dukun atau pawang itu mempunyai hubungan dengan kuasa ghaib tersebut. Ini disebabkan kata-kata yang menjadi jampi, mentera atau serapah itu tidak dapat berdiri sendiri melainkan ia menumpang suatu kuasa ghaib yang dengan bacaan itu maka kuasa ghaib tersebut akan berfungsi untuk kepentingan bomoh, dukun atau pawang tersebut.
Jika sekiranya jampi, mantera atau serapah itu ditujukan kepada suatu kuasa seperti jin maka jampi atau mantera itu merupakan suatu ibadat kepada makhluk tersebut. Maka disinilah puncanya amalan syirik dan disinilah juga batas penentu samada amalan merupakan suatu amalan yang benar atau yang salah, sesuai menurut pandangan agama Islam yang suci. Jelaslah bahawa pengabdian kepada suatu kuasa yang tertentu selain kekuasaan Tuhan itu bermakna kita yakin penuh terhadap kuasa ghaib tersebut supaya dapat membantu kit a untuk penyembuhan sesuatu penyakit atau menyelesaikan masalah atau mendatangkan hajat.
Maka nyatalah perbuatan ini adalah syirik hukumnya kerana kita salah meletakkan kuasa yang tidak dapat menandingi kekuasaan Allah Taala. Oleh itu, sebagai seorang Islam kita tidak harus untuk mempercayai jampi, mantera atau serapah tetapi yang ada untuk kita amalkan adalah 'doa'. Konsep berdoa adalah memohon terus yang dituju-_ kan kepada kebesaran dan kekuasaan Allah swt. tanpa perantara. Amalan penyembuhan Islam ialah memenuhi konsep iman dan amal dengan berdoa, iaitu menumpukan hasrat dan harapan kepada Tuhan dengan melakukan rawatan yang sesuai dengan Ilmu Perubatan, umpamanya membacakan ayatayat suci al-Quran atau zikir kedalam Air Penawar Yang Mujarab dengan niat berdoa kepada.Allah swt. agar menyembuhkan penyakit tersebut.
Segelas air dingin yang telah didoakan dengan membaca zikir dan ayat-ayat al-Quran yang dijadikan penawar, selalunya pesakit yang meminumnya akan berasa kelegaan yang segera. Bagaimanapun kebanyakan orang sekadar melihat segelas air itu sebagai objek bagi menyembuhkan penyakit dan bukan hakikat sebenarnya kenapa segelas air itu yang dijadikan penawar. Fikirkanlah juga kenapa untuk menělan pil sebagai ubat kita dikěhendaki meneguk segelas air?. Sebenarnya segelas air itu menjadi objek bagi menolak pil tersebut supaya lolos di kerongkong dan bukannya sebagai penyembuh.
Begitulah juga hakikat sebenarnya mengapa segelas air yang telah didoakan itu menjadi penawar yang mujarab di dalam rawatan secara Islam. Pil yang dimasukkan ke dalam air berkenaan ialah doa setelah dibaca dan dihembuskan ke dalamnya sebagai ubat. Maka oleh sebab pil itu-boleh-dilihat tentulah seseorang pesak.it itu yakin mengenai pěnyembuhannya, sedangkan doa yang`dibacakan itu tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan