Sabtu, 9 Mac 2013

RAHSIA SUJUD DALAM SOLAT



Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. 

Sujud melegakan sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. 

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. 

Bernafas ketika sujud pula boleh: 

  • membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya. 
  • membetulkan pundi peranakan yang jatuh. 
  • melegakan sakit hernia. (burut) 
  • mengurangkan sakit senggugut ketika haid. 
  • melegakan paru-paru daripada ketegangan. 
  • mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. 
  • kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh. 
  • meringankan bahagian pelvis. 
  • memberi dorongan supaya mudah tidur. 
  • menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. 
  • pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. 
  • bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada. 
  • mengurangkan kegemukan. 
  • pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions). 
  • organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen. 
  • mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. 

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. 

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.



Kelebihan dan kebaikan meditasi didalam SOLAT:

  • Mengingati dan beribadat kepada pencipta kita.
  • Membaiki aura kita
  • Mengecaj kembali chakra kita
  • Pengaliran darah bertambah baik.
  • Tulang menjadi kuat.
  • Muka berseri
  • Badan lebih sihat

SILAT BATIN



SILAT BATIN BAGI MENENTANG MENENTANG MAKHLUS HALUS, JIN DAN SYAITAN... 

Sesiapa yang ingin mempelajari SILAT BATIN ini harus mengikuti syarat-syarat berikut:

1) Ikhlas Dalam Beragama.

2) Takut Kepada Allah.

3) Tawakal & Jangan Ikut syaitan.

4) Sentiasa Berjamaah.

5) Zikir dan Doa. .

Syarat pertama;


Syaitan telah membongkarkan rahsianya yang amat penting. Dalam melaksanakan perjanjian dan permusuhannya kepada umat Islam sehingga Hari Kiamat, syaitan hanya tertahan kepada satu golongan orang.

 Mereka itu ialah orang-orang yang ikhlas dalam beragama.
Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat,
(maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba-Mu di antara mereka yang ikhlas.” [al-Hijr 15:36-40]

Iblis mengulangi pengecualian ini dalam ketika yang lain:
“Kecuali hamba-hamba-Mu di antara mereka yang ikhlas.”


Syarat Kedua; 



Janganlah kita takut kepada syaitan tetapi takutlah kepada Allah:

Sesungguhnya yang demikian itu ialah syaitan yang menakut-nakutkan (kamu terhadap) penolong-penolongnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

[‘Ali Imran 3:175]

Syarat Ketiga; 



Hendaklah menahan diri dari mengikuti syaitan. firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang kekuasaan terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka. Sesungguhnya kekuasaan syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan ia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.

[al-Nahl 16:99-100]


Syarat Keempat; 



Hendaklah kita semua bersatu sebagai umat Islam. Tidak ada yang difikirkan, tidak ada yang diusahakan, tidak ada yang ditujukan kesetiaan, tidak ada yang diberikan pembelaan, tidak ada yang ditumpahkan perasaan cinta dan akrab melainkan sesama umat Islam seluruhnya.

Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.
[‘Ali Imran 3:103]



Syarat Kelima; 



zikir, iaitu mengingati Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan cara yang disyari‘atkannya.


Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar,lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).
[al-A’raaf 7:200-201][19]

JURUS SILAT BATIN UNTUK MENENTANG MAKHLUK HALUS, JIN DAN SYAITAN….
Jurus Pertama;
BISMILLAH



Imam At-Tirmizi meriwayatkan hadis yang bersumberkan Malik bin Hamzah bin Abi Usaid, katanya:
" Pada suatu hari Abi Usaid memungut hasil kebunya dan disimpannya di suatu tempat.Tiba-tiba ada jin yang berbuat jahat dan mencurinya, lalu Abu Usaid melaporkan kejadian itu kepada Rasulullah SAW. Jawab Nabi SAW, " Itu adalah jin jahat yang selalu keluar malam untuk mengganggu manusia. 
Oleh itu dengarkanlah gerakan jin itu, kemudian bila engkau telah mengetahui akan kedatangannya, maka bacalah:
' BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIM '
Ternyata apa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Abi Usaid adalah berkesan sehingga jin itu lari lintang-pukang.



Jurus Ke Dua; 

TA'AWUZ

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
" Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."[Al-A'raf: 200]
Dalam hadis-hadis disebutkan, memohon perlindungan Allah SWT dari pengaruh dan godaan jin atau syaitan adalah dengan cara membaca
'' A'UZU BILLAHI MINAS SYAITHAANIR RAJIM "


Jurus Ke Tiga;

Imam At-Tirmizi meriwayatkan hadis dari Al-Jarir dari Abu Nadharah yang diterimanya dari Abu Said Al-Khudri, katanya:
" Rasulullah selalu memohon perlindungan kepada Allah dari godaan dan pengaruh jin dengan membaca Surah Al-Falaq dan An-Nas."


Jurus Ke Empat;

AYAT KURSI 



Abul Qasim meriwayatkan yang bersumberkan Ubai bin Ka'ab bahawa ayahnya ada bercerita mengenai setor tempat menyimpan buah-buah yang terletak tidak jau dari rumahnya. Setiap hari setor itu dijaga namun setiap hari pula ada saja barang-barang yang hilang. Pada suatu malam ia mengelilingi setor itu dan menjumpai seekor haiwan yang kecil dan aneh bentuknya. Ia bertanya kepada haiwan itu, " Apakah engkau manusia atau jin?" Haiwan itu mengakui bahawa dirinya adalah jin. Ditanya lagi, " Mengapa engkau mencuri harta milikku?" Jawabnya, " Telah sampai berita kepadaku bahawa engkau adalah orang yang suka bersedekah. Aku ingin sekali mendapat bahagian dari sedekahmu itu." Maka ditanyanya lagi, " Apakah yang dapat menyelamat kan kami dari gangguanmu?" Jawab jin itu " AYAT KURSI yang terdapat di dalam Surah al-Baqarah ayat 255” Pada pagi harinya Ka'ab datang ke rumah Nabi SAW dan menceritakan kejadian tersebut. Rasulullah SAW membenarkan ucapan jin itu.Hadis ini juga diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam kitabnya ' Al-Mustadrak'.



Jurus Ke Lima;

SURAH AL-BAQARAH

Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Suhail dari ayahnya dari Abu Hurairah r.a.bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Jangan kamu jadikan rumahmu seperti kuburan, dan sesungguhnya rumah yang didalamnya dibacakan Surah Al-Baqarah, maka syaitan pasti tidak berani mendekat."



Jurus Ke Enam;
AKHIR SURAH AL-BAQARAH

Membaca akhir Surah Al-baqarah adalah meringankan kaum Muslimin yang tidak mampu membaca Surah Al-Baqarah secara keseluruhan. Maka baginya cukup dengan membaca sebahagian dari Surah tersebut, iaitu dua ayat yang paling akhir sesuai dengan hadis berikut:
Daripada Ibnu Mas'ud Al-Ansari yang diriwayatkan oleh Abu Dawud bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
" Barangsiapa membaca dua ayat dari akhir SURAH Al-BAQARAH pada suatu malam, maka dua ayat itu sudah mencukupi."
Dalam hadis lain yang diriwayatkan Al-Hakam dari Abu Zar bahawasanya Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

" Sesunguhnya Allah telah menutup Surah Al-Baqarah dengan dua ayatyang diberikan kepadaku dari gedung rahmat-Nya yang berada di bawah 'Arasy, maka pelajarilah dua ayat itu dan ajarkanlah kepada isteri dan anak-anakmu, kerana dua ayat itu merupakan rahmat."



Jurus Ke Tujuh;

AYAT ' HAMIM ' AL-MUKMIN

At-Tirmizi meriwayatkan baripada Abdurrahman bin Abi Bakar yang diterimanya daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa membaca SURAH - HAMIM AL-MUKMIN sehingga kalimat ' ILAIHI MASHIR' dan AYAT KURSI pada waktu pagi maka akan selamat hingga ke petang. Dan barangsiapa membaca keduanya pada waktu petang, maka akan selamat hingga pagi."



Jurus Ke Lapan;
ZIKIR

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
" Barangsiapa membaca '' LAA ILAAHA ILLALLAAHU WAHDAHU LAA SYARIKALAH LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WA HUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIR ''
sebanyak SERATUS KALI, maka orang itu setaraf dengan orang yang membebaskan SEPULUH HAMBA dan ditulis baginya SERATUS KEBAJIKAN dan dihapuskan baginya SERATUS KEBURUKAN serta bacaan itu sebagai perisai bagi syaitan pada hari itu hingga ke petang."


Jurus Ke Sembilan;
MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG DAN SOLAT



Air sembahyang dan solat adalah dua senjata yang sanggup menghalangi pengaruh dan gangguan jin. Orang yang sentiasa tidak pernah tinggal air sembahyangnya maka orang tersebut akan terhindar dari sebarang perbuatan buruk sama ada yang berasal daripada jin mahupun manusia. Kekuatan air sembahyang juga mampu meredakan kemarahan sebagaimana hadis Nabi SAW"
'' Jika kamu sedang marah, pergilah ambil air sembahyang. ''
Sebab marah itu adalah sifat syaitan. Syaitan diciptakan daripada api, sedang api bila disiram air akan mati, terutama air sembahyang...



IJAZAH SECARA BATIN; 


Dengan Kalimah ' BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIM ' Saya Ijazahkan ILMU SILAT BATIN ini kepada sesiapa Muslimin dan Muslimat yang ingin mengamalkannya bagi menentang makhluk halus, Jin dan Syaitan kerana Allah Taala... beserta dengan Syarat-syaratnya sekali.

Mahaguru Samson

PERUBATAN SECARA RUKYAH



Jika Mengalami Masalah Kesihatan.... Lakukanlah Rawatan Secara Rukyah Seperti Berikut;

Demam - baca surah Al ankabuut

Sakit kepala - baca 3 ali surah Al-Waqiah ayat 19


Penyakit jantung - Surah Ar-Ra'du ayat 28

Memberhentian darah luka - baca 3 kali Surah Al-lahab

Apa2 sahaja penyakit datang dari perut - Surah Luqman

Gigitan binatang berbisa -baca 7 kali Surah As-syura ayat 130

DOA MOHON REZEKI


7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI''

(1). Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “

(2). Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”

(3). Membanyakan Ber-Istighfar

(4). Membaca Surat Al-Ikhlas)

(5). Membaca Surat Al-Waqiah

(6). Memperbanyak Shalawat Atas Nabi

(7). Membaca Subhanallah
wabihamdihi Subhanallahil adziim

DOA KESEMBUHAN


Jika sedang mengalami kesakitan pada sebahagian anggota  tubuh, maka hendaklah lakukan seperti berikut;

Letakkan tangan pada tubuh yang terasa sakit, dan bacalah: “Bismillaah tiga kali, lalu bacalah tujuh kali:


أَعُوْذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ.


(A'udzubillahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaa dzir) 


"Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan sesuatu yang aku jumpai dan yang aku takuti."

[HR. Muslim]

DOA APABILA MERASA TAKUT DAN KESEPIAN


Jika anda sedang keseorangan, kesepian dan meras takut pada sesuatu, maka bacalah doa ini.....

 أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ، وَشَرِّ عِبَادِهِ، وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِيْنِ وَأَنْ يَحْضُرُوْنِ.

“Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemarahan dan siksaanNya, serta kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan setan (bisikannya) serta jangan sampai mereka hadir (kepadaku).” (HR. Abu Dawud 4/12, Shahih At-Tirmidzi 3/171)

RAWATAN SAKIT MATA:



 Rawatan secara bacaan ruqyah; ayat al Quran dan selawat

" Bacakan dibelakang ibu jari dua tangan: SURAH QAFF ayat 22 sebanyak 7 kali dengan diselangselikan dengan selawat kepada nabi saw setiap kali bacaan ayat tersebut.

Kemudian tiup di jari dan cium kedua2 belakang jari tersebut dan disapu ke dua2 mata pesakit.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

لَّقَدۡ كُنتَ فِى غَفۡلَةٍ۬ مِّنۡ هَـٰذَا فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

Maksudnya :

(Serta dikatakan kepadanya): Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).

DOA MELAWAN GANGGUAN JIN DAN SYAITAN:



DOA MELAWAN GANGGUAN JIN DAN SYAITAN:

Bacalah dengan lidah dan mintalah dengan hati.  Janganlah berdoa dengan hati yang lalai.

1.

أعوذُ باللهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ -
Aku berlindung dengan ALLAH Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam.

2.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ -
Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani .

3.
بِسْمِ اللهِ الَّذِى لاَيَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ
وَهو السَّمِيْعُ الْعَلِيمُ -
Dengan nama ALLAH yang tidak dapat mendatangkan mudarat dengan namaNYA oleh sesuatu yang ada di bumi dan di langit. Dan DIA Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

4.
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ الله التَّامَّاتِ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ -
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah ALlah yang sempurna daripada kejahatan/keburukan makhluk.

5. Ayat al-Kursi

اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِه ِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلايُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا
وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ -
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan. Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar (al-Baqarah=255)

6. Bacalah Tiga Qul

a- Surah al-Ikhlas - ﴿قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
b- Surah al-Falaq -﴿قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
c- Surah an-Nas - ﴿قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ Bacalah semua hingga ke akhir surah-surah tersebut.

Jumaat, 8 Mac 2013

RAHSIA AIR PENAWAR


AIR PENAWAR YANG MUJARAB

Jampi merupakan bacaan khusus untuk memberikan kuasa sakti yang mujarab kepada ubat. Sementara mantera pula adalah bacaan khusus yang diyakini mempunyai kuasa ghaib untuk menyembuhkan penyakit. Jampi dan mantera adalah warisan kepercayaan zaman 'animisme' iaitu golongan manusia,yang hidup dengan dilingkari kepercayaan terhadap kuasa-kuasa ghaib daripada makhluk-makhluk ghaib. 


Sebenarnya jampi, mantera atau serapah itu merupakan suatu sihir kata yang bererti setiap kata-kata yang diucapkan oleh bomoh, dukun atau pawang itu mempunyai hubungan dengan kuasa ghaib tersebut. Ini disebabkan kata-kata yang menjadi jampi, mentera atau serapah itu tidak dapat berdiri sendiri melainkan ia menumpang suatu kuasa ghaib yang dengan bacaan itu maka kuasa ghaib tersebut akan berfungsi untuk kepentingan bomoh, dukun atau pawang tersebut. 

Jika sekiranya jampi, mantera atau serapah itu ditujukan kepada suatu kuasa seperti jin maka jampi atau mantera itu merupakan suatu ibadat kepada makhluk tersebut. Maka disinilah puncanya amalan syirik dan disinilah juga batas penentu samada amalan merupakan suatu amalan yang benar atau yang salah, sesuai menurut pandangan agama Islam yang suci. Jelaslah bahawa pengabdian kepada suatu kuasa yang tertentu selain kekuasaan Tuhan itu bermakna kita yakin penuh terhadap kuasa ghaib tersebut supaya dapat membantu kit a untuk penyembuhan sesuatu penyakit atau menyelesaikan masalah atau mendatangkan hajat. 

Maka nyatalah perbuatan ini adalah syirik hukumnya kerana kita salah meletakkan kuasa yang tidak dapat menandingi kekuasaan Allah Taala. Oleh itu, sebagai seorang Islam kita tidak harus untuk mempercayai jampi, mantera atau serapah tetapi yang ada untuk kita amalkan adalah 'doa'. Konsep berdoa adalah memohon terus yang dituju-_ kan kepada kebesaran dan kekuasaan Allah swt. tanpa perantara. Amalan penyembuhan Islam ialah memenuhi konsep iman dan amal dengan berdoa, iaitu menumpukan hasrat dan harapan kepada Tuhan dengan melakukan rawatan yang sesuai dengan Ilmu Perubatan, umpamanya membacakan ayat­ayat suci al-Quran atau zikir kedalam Air Penawar Yang Mujarab dengan niat berdoa kepada.Allah swt. agar menyembuhkan penyakit tersebut. 

Segelas air dingin yang telah didoakan dengan membaca zikir dan ayat-ayat al-Quran yang dijadikan penawar, selalunya pesakit yang meminumnya akan berasa kelegaan yang segera. Bagaimanapun kebanyakan orang sekadar melihat segelas air itu sebagai objek bagi menyembuhkan penyakit dan bukan hakikat sebenarnya kenapa segelas air itu yang dijadikan penawar. Fikirkanlah juga kenapa untuk menělan pil sebagai ubat kita dikěhendaki meneguk segelas air?. Sebenarnya segelas air itu menjadi objek bagi menolak pil tersebut supaya lolos di kerongkong dan bukannya sebagai penyembuh. 


Begitulah juga hakikat sebenarnya mengapa segelas air yang telah didoakan itu menjadi penawar yang mujarab di dalam rawatan secara Islam. Pil yang dimasukkan ke dalam air berkenaan ialah doa setelah dibaca dan dihembuskan ke dalamnya sebagai ubat. Maka oleh sebab pil itu-boleh-dilihat tentulah seseorang pesak.it itu yakin mengenai pěnyembuhannya, sedangkan doa yang`dibacakan itu tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Doa Penguat Zakar


Jika zakar anda lemah semasa berjimak (bersetubuh), bacalah doa ini 3 kali kepada zakar anda waktu hendak berjimak (bersetubuh). 

Doanya:

بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَللَّهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ تَامَّهْ، وَالرُّوْحِ، وَالدَّمِ، وَلَحْمِ، وَسَحْمِ، وَالْحُرُوْبِ، وَالْجُلُوْبِ وَتَقْضِىْ، فَاِذَا قَضَيْتَ اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ

RAHASIA PENGUCAPAN "ALLAH" DAN KESEHATAN.
.
بِــــــــــسْم ِ الَّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـم
.
صِرَاطِ اللَّهِ الَّذِي لَهُ مَا فِي السَّمَوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ أَلَا إِلَى اللَّهِ تَصِيرُ الْأُمُورُ
shiraathi allaahi alladzii lahu maa fii alssamaawaati wamaa fii al-ardhi alaa ilaa allaahi tashiiru al-umuuru

[42:53] (Yaitu) jalan Allah yang kepunyaan-Nya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Ingatlah, bahwa kepada Allah-lah kembali semua urusan. 


Dalam sebuah penelitian di Belanda yang dilakukan oleh seorang profesor psycologist yang bernama Vander Hoven (VH) , dimana telah mengadakan sebuah survey terhadap pasien di rumah sakit belanda yg kesemuanya non muslimselama tiga tahun. Dalam penelitian tersebut VH melatih para pasien untuk mengucapkan kata ALLAH ( Islamic pronouncing ) dengan jelas dan berulang-ulang.

Hasil dari penelitian tersebut sangat mengejutkan, terutama sekali untuk pasien yang mengalami gangguan pada fungsi hati dan orang yang mengalami stress / ketegangan (tension ).

... AL Watan, surat kabar Saudi sebagaimana telah mengutip dari peryataan profesor VH tsb, yang mengatakan bahwa seorang muslim yang biasa membaca Al-Qur’an secara rutin dapat melindungi mereka dari penyakit mental dan penyakit-penyak it yang ada hubungannya ( psychological diseases ). VH juga menerangkan bagaimana pengucapan kata ALLAH tsb sebagai solusi dari kesehatan , ia menekankan dalam penelitiannya bahwa huruf pertama dalam ALLAH yaitu "A" dapat melonggarkan (melancarkan ) pada jalur pernafasan ( respiratory system ), dan mengontrol pernafasan ( controls breathing ). dan untuk huruf konsonan "L" dimana lidah menyentuh bagian atas rahang dapat memberikan efek relax , juga VH menambahkan bahwa huruf "H" pada ALLAH tsb dapat menghubungkan antara Paru-paru dan Jantung dimana dapat mengontrol system dari denyut jantung ( heart beat ).

Subhanallah, sungguh luar biasa kebesaran Allah SWT ini, dimana penelitian yang dilakukan oleh seorang profesor non muslim yang tertarik dan meneliti akan rahasia Al-Qur’an ini sangat mengejutkan para ahli kesehatan di Belanda.

Sekarang bagaimana dengan kita sebagai seorang muslim yang meyakini akan kebesaran kitab Suci Al Qur’an, sudahkan membaca dan mengamalkannya. .?

Allah says : We will show them our signs in the universe and in their own selves, until it becomes manifest to them that this (Qur'an) is the truth.Yaitu jalan Allah yang kepunyaan-Nya segala apa yang ada dilangit dan di bumi , ingatlah bahwa kepada Allah-lah kembalinya segala urusan.( QS : 42 : 53 )

RAHSIA HADIS RASULULLAH SAW


Nabi melarang para sahabatnya meniup air panas yg akan diminum....KENAPA?

Beliau tidak menerangkan kenapa tapi beliau melarang keras hal tersebut..... ternyata....Dalam penelitian Science,air panas (H2O) yang bertemu karbondioksida ( CO2) yg dihembuskan oleh mulut (maanusia mengeluarkan CO2)maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3,asam karbonat.

Dan jika asam karbonat ini masuk ke dalam tubuh manusia, maka boleh mengakibatkan penyakit jantung.

Subhanallah, rupanya itulah rahsianya.

PINTU SYAITAN


10 PINTU SYAITAN MASUK KEDALAM HATI MANUSIA

Menurut ulama, syaitan menguasai tubuh badan manusia melalui 10 pintu IAITU;
1) Sifat sombong dan angkuh – Dua sifat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia yang lazimnya mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan.

2) Bakhil dan kedekut – Setiap harta benda dan kemewahan adalah kurniaan Allah yang harus dibelanjakan ke jalan benar. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau sedekah.

3) Takbur dan bongkak - Sifat ini selalu bertapak dalam diri manusia yang berasakan memiliki segala-galanya dalam hidup. Mereka terlupa kesenangan dan kenikmatan dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur.” (Surah an-Nahl, ayat 23)

4) Sifat khianat - Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi perjanjian atau perkongsian yang dibuat.

5) Tidak suka menerima ilmu dan nasihat - Junjungan Rasulullah SAW selalu menasihati sahabat supaya mengelakkan diri daripada menjadi golongan keempat di kalangan manusia yang dibenci Allah iaitu tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6) Hasad dengki - Sifat ini selalu diikuti rasa benci dan dendam berpanjangan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Hindari kamu sifat hasad kerana ia memakan amalan kamu seperti api memakan kayu kering.” (Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)

7) Meremehkan orang lain - Sifat ego manusia selalu lahir apabila individu berasa dirinya sempurna berbanding orang lain yang dilihat terlalu kecil dan kerdil dengan apa dia miliki.Abu Umamah pernah meriwayatkan Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan imam yang adil.” (Hadis riwayat Muslim)

8) Sifat ujub atau bangga diri - Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jangan kamu bersenang-lenan g dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah bukan orang yang bersenang-senan g saja.” (Hadis riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9) Suka berangan-angan Islam antikemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha mencapai kecemerlangan dalam hidup dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10) Buruk sangka – Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidik amat dicela Islam. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang sudah rosak dirinya.” (Hadis riwayat Muslim)

RAHSIA AYAT SYIFAA'

AYAT PENYEMBUH


Sesungguhnya di dalam al-Quran banyak menyebut tentang ayat-ayat kesembuhan (Ayatul Syifa’) yang membentangkan pelbagai pengajaran penting berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan diri. Ayat- ayat yang dimaksudkan ialah seperti berikut:

Imam Abul Qasim Qushairi r.a. telah dilaporkan berkata: "Seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga ia hampir maut. Di waktu itu daku mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. dan daku pun beritahu hal anakku itu. Baginda s.a.w. berkata: "Mengapakah kamu tidak ambil berat pada ayat-ayat syifaa'? Mengapakah tidak kamu amal ayat-ayat itu dan memohon (kepada Allah) agar disembuhkan?" Setelah itu juga daku mula memikirkan peristiwa itu. Setelah diteliti (al-Qur'an) maka daku temui ayat-ayat itu pada ENAM TEMPAT. Ianya adalah seperti berikut:

14. Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.

57. Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.

69. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.


82. Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

80. "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;

44. Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatNya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)".

PENYAKIT MISTIK 1


TANDA PENYAKIT GANGUAN MAKHLUK HALUS, JIN DAN SYAITAN;

Jikalau sudah pasti bukan sakit fizikal atau mental, maka besar kemungkinannya sakit itu datang daripada gangguan makhluk halus, jin dan syaitan.

Antara kesan-kesan daripada gangguan iblis dan syaitan melalui amalan Sihir adalah:

i) Rasa tidak tenang hati, selalu rasa serba tidak kena.
ii) Rasa takut yang tidak diketahui puncanya.
iii) Terlalu sukar untuk bangun solat.
iv) Jikalau sudah bersuami isteri, terasa tidak senang apabila bersama.
v) Selalu rasa cenderung kepada marah, walaupun tiada apa untuk dimarahkan.


Jikalau terdapat wujudnya tanda-tanda ini, maka ada kemungkinannya gangguan telah bermula.

Sila dapatkan rawatan Terapi Pembersihan dan pemulihan segera.

PERHIDMATAN RAWATAN JARAK JAUH;
Mahaguru Samson 017~7235095

RAHSIA 40 HARI


RAHSIA 40 HARI. 

Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda bahwa barangsiapa membersihkan dirinya kepada Allah SAW selama 40 hari maka akan memancar dari hati dan lisannya sumber-sumber hikmah.

Pengertian “memancar dari hati dan lisannya sumber-sumber hikmah” adalah munculnya kebajikan, prilaku dan kecerdasan spiritual yang semula belum ada tiba-tiba menjadi ada. Dan adanya hal tersebut menyebabkan martabat seseorang menjadi naik, meliputi karisma, wibawa dan insya Allah rezeki dalam pengertian yang lebih luas.

Cara membuang sial dan meraih keberuntungan dapat dilakukan dengan laku 40 hari, yaitu setiap usai shalat subuh dan isyak membaca wirid, sebagai berikut.

- Ya Allah Ya karim, ya rahman ya rahim, ya qawiyyu ya matin x 41.

- Allahumma shalli ‘alaa Muhammad x 41 x.

- Membaca Alfatihah sekali. Khusus pada kalimat “Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in diulang 41 kali.

- Hasbunallahu wa ni’mal wakil x 125.

- La haula wala quwwata illa billahil ‘aliyyil adziim. x 41.

- Ya Allah, hamba mohon segala persoalan saya beres dan berkah. Amin.

Selama mengamalkan wirid ini disertai dengan menjalani prilaku yang bersih. Selama 40 hari harus banyak berbuat baik, bertobat dan menjauhkan diri dari maksiat. Insya Allah apa yang anda kehendaki dapat berhasil.

Tradisi mengasah batin selama 40 hari ini sebenarnya sudah menjadi tradisi nenek moyang kita. Manakala mereka menghadapi berbagai persoalan rumit, mereka mencari solusi dengan cara menyendiri (uzlah atau bertapa) pada tempat sepi, dan setelah itu (40 hari) mereka memperoleh suasana baru.

Mereka memiliki telinga baru untuk mendengar, mata baru untuk melihat, lisan baru untuk bertutur sapa dan otak dan hati nurani baru untuk menapaki kehidupan yang lebih berkualitas.

MAGNETIS TUBUH

Manusia diciptakan Tuhan dengan sebaik-baik ciptaan. Diantara karunia yang tersimpan dalam jiwa manusia adalah “daya tarik” yang lazim disebut daya magnetis tubuh. Daya tarik ibarat magnet yang mampu menarik benda lain yang lebih lemah seperti besi magnet yang mampu menarik besi yang lebih besar.

Menguatkan “magnet” jiwa, dapat ditempuh dengan berbagai cara. Cara apapun, sepanjang itu diyakini dengan sungguh-sungguh, insya Allah

RAHSIA BERDOA

BERDOA KEPADA ALLAH



RAHSIA 1
ALLAH SWT MENGABULKAN DOA SETIAP HAMBA-NYA

Sesungguhnya Allah swt itu dekat kepada setiap orang. Dia Maha Mengetahui keinginan, perasaan, pikiran, kata-kata yang diucapkan, bisikan, bahkan apa saja yang tersembunyi dalam hati setiap orang….
Firman Allah swt;
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenar¬¬an.” (Q.s. al-Baqarah: 186).

RAHSIA 2
AMALAN SESEORANG BERGANTUNG KEPADA NIATNYA

 Oleh sebab itu, niat akan mendapat pahala tanpa amal, sedangkan amal tanpa niat tidak ada pahalanya.
Nabi s.a.w bersabda:
“Niat sesaorang mukmin lebih baik dari amal perbuatannya”
Abu Hurairah r.a. berkata; Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa mu, dan tidak melihat harta mu, dan tidak melihat keadaan mu, tetapi melihat amal dan hati mu.

RAHSIA 3
Fitrah diri setiap insan adalah positif dan sangat mulia yang dipenuhi dengan sifat-sifat terpuji…

 ‘Asmaul Husna’ yang menjadi intipati roh yang ditiupkan ke dalam diri semenjak ia diciptakan. Kita boleh mendapatkan energi positif yang sangat besar dengan Nama-nama Allah yang Sangat Agung ini bagi mengembangkan sifat-sifat positif dalam diri, disamping membuang sifat-sifat negetif dan keji dalam diri kita.
Allah berfirman; "Aku perkuat manusia dengan RUH AL QUDSI." (Surah Al Baqarah Ayat 87)

RAHSIA 4
Kenapa Tenaga Dalam?

"Sesungguhnya Aku ciptakan manusia itu dalam bentuk sebaik-baiknya / paling sempurna." (Surah At Tin Ayat 4)

"Dan apakah mereka tidak memikirkan apa yang ada di dalam DIRI mereka ?" (Surah Ar Rum Ayat 8)

"Dan di dalam diri kamu dan kamu tidak melihat" (-Surah Az Zuriat Ayat 21)

"Aku perkuat manusia dengan RUH AL QUDSI." (Surah Al Baqarah Ayat 87)

"Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada." (Surah Al Hadid Ayat 4)

"Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." (-Surah AlKahfi Ayat 16)

"Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu tetapi kamu tidak melihat." (-Surah Al Waqiah Ayat 85)

"Janganlah kamu takut, Aku besertamu. Aku mendengar dan Melihat." (-Surah Thaha Ayat 46)

RAHSIA 5
Kaitan Nafas dengan Tenaga Dalam?

"Aku hembuskan pada Adam daripada RohKu" (Surah As Shad Ayat 72)
"Aku hembuskan kepadanya daripada Ruhku" (-Surah Al Hijr Ayat 29)

RAHSIA 6
Kaitan Saranan/Hajat/Niat dengan Tenaga Dalam?


"Jika hambaKu bertanya kepadamu tentang Diriku, bahawa sesungguhnya Aku dekat dan mengabulkan seruan mereka jika Aku dipanggil." (-Surah Al Baqarah Ayat 186)
Akhirnya……
 "Kepada Allahlah kembali semua persoalan." (Surah As Syura Ayat 53 )

TENAGA ROHANIAH


Tenaga Rohani mempunyai Beberapa TANDA seperti;
1) Tenaga rohani dari sesuatu asma merupakan getaran yang dapat dapat dirasai oleh HATI...
Firman Allah: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, maka gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah keimanan mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal.” (Al Anfal: 2)

2) Tenaga Rohani dari asma bersifat batin yang tidak kelihat oleh pancaindera Mata, tetapi dapat dirasai oleh jasad... Umpama angin tidak nampak tapi jasad kita akan rasa dinggin atau HABA pun tidak nampak tetapi jasad kita akan merasai panasnya.

3) Menurut sains metafizik, apabila ada dua unsur yang berlainan maka akan terjadi tindakb alas DAYA TARIK dan DAYA TOLAK.. Ini juga berdasarkan hukum Sebab dan akibat... Maka jika hadir tenaga rohani dari getaran asma, pasti akan berlaku perubahan atau gerakan pada diri... Umpamanya apabila Bulan mendekati Bumi maka terjadilah fenomena air pasang surut pada lautan...

15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH


Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.